Isnin, 30 Ogos 2010

Senyuman

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

Bagi sesetengah orang lirik lagu ini banyak memberi makna yang mendalam dan juga dapat mengimbau memori semasa di zaman muda remaja di mana , pada waktu itu lagu ini sering diputarkan di corong radio. Bagi penulis, lirik lagu ini bukan sahaja untuk mengimbau memori malah lebih dari itu,

Kesenangan selepas kesusahan
Kegembiraan selepas kesedihan
Kejayaan selepas kegagalan

Sudah menjadi lumrah senyuman boleh mengubati hati luka dan dapat membantu keyakinan diri seseorang dalam menjalani kehidupan seharian. Jika seseorang menginginkan kehidupan yang damai , tenteram dan sejahtera mereka hendaklah sentiasa senyum dan tertawa riang juga berusaha selalu gembira walau dalam apa jua keadaan kerana rasa gembira tersebut dapat mencipta suasana dan persekitaran yang tenteram dan damai yang mampu menjauhkan mereka daripada stress.

Sebahagian Ulama juga turut menyatakan hasil penelitian dan kajian-kajian yang dijalankan diperolehi bahawa punca terbesar yang menyebabkan rasa penat, jemu dan stress disebabkan banyaknya pekerjaan yang memerlukan tenaga dan fikiran sehinggakan menyebabkan seseorang itu menjadi cemas, gelisah ,pendendam dan bertindak fanatik yang berlebihan dan oleh kerana itulah kita dianjurkan agar hidup dalam gaya hidup ceria antaranya bagi yang berumah tangga bila balik kerumah setelah penat bekerja jangan terlalu ikutkan emosi layanlah cahaya mata anda kerana karenah mereka dapat mengubati kepenatan setelah seharian bekerja.

Ada ilmuwan menyatakan ketawa boleh membantu getaran-getaran dalam otak yang dapat meredakan ketegangan saraf. Selain itu ,pepatah Cina ada tertulis ayat yang berbunyi "seseorang yang tidak tahu untuk senyum sebaiknya dia tidak usah berniaga " demikianlah bertapa pentingnya senyuman kerana senyuman yang lahir dari hati akan jatuh kehati jua dan ianya secara tidak langsung mengeratkan perhubungan sesama manusia.

Jika diselami dengan lebih lanjut mengenai senyum ini memang banyak faedah dan kebaikan yang terkandung didalamnya selagi sesuatu pekara itu fitrah. Allah SWT sememangnya telah menetapkan penciptaan anak-anak adam itu memang lahir dengan fitrah dan setiap fitrah itu terdapat nikmat yang tidak terhinggan diberikan kepada anak-anak Adam .


Jiwa-jiwa yang sentiasa senyum akan melihat pekara-pekara yang susah menjadi mudah dan kemudian dia akan dapat mengatasinya lalu selepas itu dia tersenyum kembali manakala jiwa yang sentiasa cemas akan panik jika menghadapi pekara-pekara yang susah dan kemudian dia akan membesar-besarkan kesusahnya itu sehingga dia akan berusaha melarikan diri daripada masalah tersebut kerana tidak mampu untuk mengatasi. Mereka ini sering sering berhujah bagi menutupi kekalahanya itudengan menggunakan kata-kata "seandainya","apabila", dan "jika"

Akhir kata dari penulis JIWA YANG SELALU BERSEDIH ADALAH JIWA YANG MUDAH BERPUTUS ASA.....(",)


Apa erti harta jika hati tertekan dan kecewa
Apa erti kecantikan isteri jika hati berkabung sepi
Apa ertinya masa depan jika masa lalu penuh duka

Bukankah lebih baik
Seribu kali lebih baik

Jika harta membantu tuannya kesyurga
Jika isteri umpama syurga
Jika masa kita dipenuhi SENYUMAN...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan